Friday, October 7, 2011

Olive Oil Lemon Cake

Salam
Malas nak tulis panjang-panjang. Just nak berkongsi recipe Lemon Cake sempat aku bake Rabu lepas. This is one of my favorite recipe even though the method quite complicated. Recipe asal aku dapat dari my senior masa study di Okayama dulu. Cupcake ni aku dah buat berkali-kali (coz I'am lemon cake lover), and Alhamdulillah semua menjadi. Rasa cake ni very lemony dan sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet (special to you En. Amri) since cake ni guna olive oil. Bagi yang suka lemon cake macam aku, boleh la mencuba.

Olive Oil Lemon Cake
Resipi asal : Zakiah's Fotopages

Lemon Cakes
Bahan-Bahan:

240 g tepung gandum
280 g gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
120 ml susu
120 ml extra virgin olive oil (minyak zaitun)
3 sudu besar jus lemon (boleh kurangkan kalau tak suka rasa lemon sangat)
2 susu besar parutan kulit lemon 

1. Krimkan kuning telur,gula,olive oil, lemon jus dan kulit lemon.
2. Masukkan susu.
3. Ayakkan tepung, baking soda dan baking powder. Masukkan dalam adunan dan kacau sebati.
4. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai bertanduk. Masukkan dalam adunan kek sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk.
5. Bakar 180 C selama 15 minit (depends pada oven anda).

SELAMAT MENCUBA

8 comments:

  1. cuba la fadh..dijamin sedap..

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. hihihi..thank u
    try lah buat..memang sedap

    ReplyDelete
  4. kalau kat rumah ni dah try dah.. syg ade kt hostel.. huhu

    ReplyDelete
  5. tak apa aisya..balik rumah nanti boleh cuba buat : )

    ReplyDelete