Sunday, November 18, 2012

Eksperimen Pagi Ini : Banana Cake

Salam All

Happy Sunday!!!!!! Dah nak habis pun hari Ahad...baru saya ada masa untuk update blog. Sejak pegang status "MAMA AMRSYAR", waktu siang saya penuh dengan agenda-agenda melayan Amrsyar, bersihkan rumah or masak untuk Babah Amrsyar. Dah tak ada masa nak lepak-lepak depan tv sambil proses taik mata lagi. Rutin harian saya agak memenatkan so bila malam, lepas tidorkan si comel Amrsyar, saya terbongkang atas tilam depan tv. 

Ok la enough membebel pasal rutin hidup saya (kurang pahala kalau buat kerja then mengeluh). Malam Jumaat lepas, saya pesan pada En. Amri supaya belikan pisang coz saya nak buat kek. But pagi semalam, instead of kek pisang, saya buat kek coklat. So, satu hari En. Amri membebel pasal pisang yang dia beli. Risau pisang tu busuk sebelum dapat jadi kek katanya (tapi kek coklat tu habis jugak dia ngap). So nak tak nak, pagi tadi terpaksa jugak saya gagahkan diri dan bangun awal dan memulakan projek BANANA CAKE. Tak larat nak harung satu hari lagi dengan bebelan En. Amri pasal pisang yang dia beli. Alhamdulillah..setelah 2x gagal mem"baking", akhirnya menjadi juga kek hasil air tangan saya pagi ini. Cuma kek pisang saya kosong. Niat hati nak letak coklat chip or coklat rice. But Pernama dalam kem ni tak ada pulak jual benda Allah tu. So terpaksa la biar kan kek pisang ni botak saja. Botak-botak pun, rasanya TOTAP SODAPPPPPPPPPPP. Thank you kepada tuan punya resipi yang tak pernah kecewakan saya.

BANANA CAKE
Resipi Asal : Kek Pisang oleh Dapur Tanpa Sempadan


A cute banana cake +  A mug of coffee = Perfect morning


Bahan-bahan

200g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
200g pisang (around 3 biji)
200g gula (ikut manis pisang. Kalau pisang manis boleh kurangkan)
secubit garam
3 biji telur
120g minyak jagung
1 sudu besar ovallete
esen pisang or esen vanilla

1. Panaskan oven 170C.
2. Lecek pisang. Masukkan gula, garam dan ovallete.Kacau sebati.
3. Masukkan telur 1 per 1.
4. Tambahkan tepung, baking powder dan baking soda yang diayak. 
5. Satukan minyak dan esen vanilla. Masukkan dalam adunan.
6. Masukkan dalam acuan.
7. Bakar 20 ke 25 minit (ikut oven anda).

Its look like En. Amri fall in love with this banana cake coz dia makan non stop. Lepas satu-satu dia makan. Kira berbaloi la dia harung ribut untuk beli pisang. Ok la..need to go now. Byer ...

8 comments:

  1. saya suka mkm banana cake nie.. tp oven xde.. tgin nyeee nak wat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo oven x ada,boleh buat cekodok pisang

      Delete
  2. pwenah buat .. tpi tak jadi.. sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x apa..cuba lah lagi.usaha tangga kejayaan

      Delete
  3. wah..mcm senang..bole try ni..^_^
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang pun pun cik yaya
      x sampai sejam pun

      Delete
  4. wah, nanti anna nak cuba buat la cuti ni..tq dear sudi share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem..saya pun ambil resipi orang

      Delete