Wednesday, November 13, 2013
Sunday, November 10, 2013
Online Shopping di E-mum Shop
Disebabkan saya dalam pantang, dan terpaksa bercuti dari tugas masak memasak, entry kali ni nak cerita pasal pengalaman saya shopping online di E-mum Shop. Actually ini kali ke-2 saya ber"shopping" disini. Service pihak E-mum amat cepat walaupun balasan email untuk pertanyaan dijawab dengan kurang mesra. Harga barang kat sini, biasa-biasa saja. Sewaktu pembelian kali pertama saya beli breast pump, untuk kali ke-2 ni.. saya beli breast pad, bottle stroge dan plastic bag storage untuk simpan EBM (housewife pun kena ada stok EBM).
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP
Sunday, October 27, 2013
Dapur Puan Tanah Sedang Bercuti
Dengan ini diumumkan dapur saya sedang bercuti disebabkan saya tengah berpantang. Alhamdulillah saya selamat lahirkan baby girl pada 11 Oct 2013 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Selama tempoh berpantang, saya tak dapat nak bereksperimen di dapur dan post entry resipi. But dun worry, saya akan cuba post entry pasal benda lain (bajet blog aku banyak readers la....perasan!!!!!!).
Sebagai penutup entry...enjoy gambar ahli baru family kami :
NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI
Doakan semoga Addeena membesar jadi anak yang sihat,aktif, bijak dan yang paling penting...anak yang beriman pada Allah.
Wednesday, September 25, 2013
Mini Muffin With Chocolate Topping Untuk Ali
Last week saya sempat me"mupin" untuk si abang. Plan asal nak buat muffin blueberry tapi bila bukak peti sejuk..rupanya sang blueberry dah kecut-kecut. Nampak sangat saya dah lama tak baking. Then saya korek lagi peti sejuk..mencari jem strawberry. Nasib kureeeng baik jugak...jem strawberry baru saja habis. Disebabkan dah bancuh adunan baru sedar tak ada inti nak letak kat dalam muffin, saya terus je bakar. Malas nak fikir dah... After siap dibakar, my lil sis @ Mak Su Nana volunteer nak buat topping coklat. Bagus sungguh adikku ini.
Disebabkan muffin ni untuk si budak kecik, saya buat versi mini muffin. Senang sikit Ali nak pegang dan gigit. Alhamdulillah... Ali suka muffin yang mama masak. Lepas satu-satu dia makan. Tapi budak kecik ni lagi suka muffin yang tak ada topping. Elok lah dia tak suka manis..jimat skit gula kami. Akhirnya ada juga air tangan saya yang dia suka.
Mini Muffin With Chocolate Topping
Resipi Asal Muffin : Blueberry Jam Muffin oleh Yani
![]() |
| Mini Muffin with Chocolate Topping |
Bahan-bahan (+- 40 biji mini muffin)
70 g butter
60 g gula
1 biji telur
2-3 titik esen vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung
1 sudu kecil baking powder
70 g butter
60 g gula
1 biji telur
2-3 titik esen vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung
1 sudu kecil baking powder
1. Pukul butter sampai jadi krim. Masukkan gula dan pukul sampai putih.
2. Masukkan telur dan kacau. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Kacau sebati.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau menggunakan sudu.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin.
5. Bakar 180 C selama 20 ke 25 minit.
Chocolate Topping
Bahan-bahan
Serbuk koko
Susu Pekat
Butter
1. Cairkan butter guna kaedah double boiling.
2. Masukkan susu pekat dan serbuk koko, Kacau sebati.
---- SELAMAT MENCUBA ----
Thursday, September 19, 2013
Food Craving 3 : Puding Prune
Dah lama tak pos entry makanan. Sejak dah masuk 8 bulan +++, rasa malas sangat nak masuk dapur. Adik kat dalam perut dah makin besar..ruang nak bermain pun makin sempit. Sekali Adik gerak, rasa nak termuntah pun ada. Tambah pulak bila si Abang Ali menyerang perut...huhuhuhu !!! Ada masa nak menangis rasanya bila dua-dua anak serang perut mama. Si Abang serang dari luar, while si Adik serang dari dalam. Adik belum keluar lagi, tapi si Abang dah ajak main. Tak apa lah..asalkan anak-anak mama happy dan aktif, sakit sikit pun mama bleh tahan.
Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.
Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.
Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.
Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.
PUDING PRUNE
Bahan - bahan
1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula
Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla
--- SELAMAT MENCUBA ---
1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula
Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla
1. Masak agar-agar bersama air dan gula.
2. Satukan bahan-bahan A kecuali buah prune yang dicincang. Blend kan.
3. Masukkan adunan A bersama prune yang dicincang ke dalam campuran agar-agar.
4. Masak sekejap.
5.. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan diluar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.
--- SELAMAT MENCUBA ---
Tuesday, September 10, 2013
Rindunya Pada Si Kasut Tinggi
Ari-ari post entry makanan je. Hari ni kita post entry kasut. Huhuhu... Al-kisah kali ni saya mengidam nak pakai kasut tinggi la pulak. Pelik jugak preggy kali ni. A few weeks ago, masa mengemas rak kasut, saya terpandang kasut ni...
![]() |
| Kasut tinggi yang dirindui |
Still cantik berkilat-kilat lagi kan? Actually usia kasut ni dah almost 2 tahun bersama saya. Tapi, saya masih belum ada peluang nak sarungkan di kaki. Kasut ni saya beli waktu preggykan Ali Amrsyar. Plan asal nak berkasut tinggi balik lepas Ali Amrsyar dah boleh berjalan. Tapi Allah ada perancangan lain untuk saya. Bila Ali Amrsyar dah boleh jalan, saya pulak tengah preggykan adik 7 bulan (dah sarat). Jadi terpaksa lah saya simpan kembali kasut ni ke dalam rak. Harap-harap tahun depan bila adik dah mula jalan, boleh la saya sarungkan kasut ni untuk kali pertama setelah sekian lama ia bersarang dalam rak kasut.
Wednesday, September 4, 2013
Puding Coklat Untuk Ali
Dua hari lepas saya buat puding coklat untuk Amrsyar. Sejak dia dapat kaki, payah sungguh nak suap dia makan. Bila dia nampak saya datang dengan mangkuk nasi, dia akan lari. Tak terkejar saya dibuatnya. Macam-macam kerenah dia buat. Ada masa rasa macam nak marah, tapi sebab tak nak spoil kan masa makan dia, saya cuba tahan.
Ok back to our pudding, sepatutnya puding ni dimakan bersama sos kastard. Tapi disebabkan sos kastard yang saya buat untuk puding roti dah habis, jadi saya bagi dia makan macam tu saja. Alhamdulillah..dia nak jugak makan. Itu pun cuma separuh dari bekas. Yang bakinya terpaksa la mamanya habiskan. Puding ni sedap..tak menyesal cuba. Cuma saya nasihatkan jangan pakai coco powder yang murah. Saya guna coco powder brand Van Houtten. Tak silap saya, saya pernah cuba resipi ni dengan menggunakan coco powder brand Tesco/Giant. Hasilnya agak kureeeng sikit.
PUDING COKLAT
Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3 sudu besar susu pekat
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan air panas)
2 sudu besar tepung kastard (bancuh bersama 2 sudu besar air)
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla (saya tak masukkan)
1. Masak air bersama gula dan agar-agar.
2. Satukan susu segar, susu cair dan susu pekat dalam satu bekas. Masukkan dalam larutan agar-agar. Kacau sebati dengan api yang perlahan.
3. Masukkan serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard dan mentega. Kacau sampai larut.
5. Tutup api. Tuang dalam bekas puding. Sejukkan di luar sebelum dimasukkan dalam peti ais.
Bagi yang nak makan bersama sos kastard, anda boleh rujuk resipi asal. Bagi saya dan Amrsyar puding ni saja dah cukup sedap especially makan waktu cuaca tengah panas. Nyaman je rasanya bila si puding lalu di tekak.
Subscribe to:
Posts (Atom)






