Showing posts with label Muhammad Ali Amrsyar. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Ali Amrsyar. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Online Shopping di E-mum Shop

Disebabkan saya dalam pantang, dan terpaksa bercuti dari tugas masak memasak, entry kali ni nak cerita pasal pengalaman saya shopping online di E-mum Shop. Actually ini kali ke-2 saya ber"shopping" disini. Service pihak E-mum amat cepat walaupun balasan email untuk pertanyaan dijawab dengan kurang mesra. Harga barang kat sini, biasa-biasa saja. Sewaktu pembelian kali pertama saya beli breast pump, untuk kali ke-2 ni.. saya beli breast pad, bottle stroge dan plastic bag storage untuk simpan EBM (housewife pun kena ada stok  EBM).
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP



Monday, August 26, 2013

Ali Mangsa Buli Mak Su

Semalam buka FB, terkejut tengok gambarr Ali Amrsyar dalam FB adik saya. Ya Allah!!! Bila masa pulak si budak kecik ni jadi budak perempuan. Siap bergaya dengan shawl dan handbag. 


Ini sah-sah kerja Mak Su dia. Actually my sister memang suka buli Ali pun. Kalau tinggalkan si Ali dengan dia, memang ada je gambar yang akan buat saya pecah perut. Tapi kan..bagi Ali, Mak Su dia ada lah The Best Aunty in The World. Asal nampak je kereta saga merah Mak Su sampai depan rumah, dia dah terjoget-joget depan pintu. Dah ada adik nanti, agak-agaknya yang mana satu Mak Su nak layan. Nasib ko lah Nana ....

Wednesday, April 10, 2013

Buffet Lunch @ Impiana Hotel, Ipoh

Salam All

Ada ker lagi readers blog ni? !!! Dah lama sangat tak melawat rumah ni. Since saya tinggal dengan my parents di Perak, saya dah jarang-jarang ke dapur. So tak ada resipi baru yang nak di"share"kan. Thats why saya selalu lepak di "rumah" satu lagi, berkongsi kisah hidup. Sorry ya !!!!

Entry kali ni bukan nak cerita pasal resipi. Last weekend, first time saya bawa my baby Amrsyar having buffet lunch kat hotel. Mula-mula tu risau jugak..kalau-kalau this boy buat hal. Since dia dah merangkak dengan lajunya, Amrsyar tak suka kena dukung or duduk diam. He keeps moving every seconds. Tapi, Alhamdulillah...dia tak banyak kerenah. Cuma kena bergilir-gilir jaga dia. Since En. Amri tak dapat join coz terlibat dalam "Hari Tentera Bersama Rakyat", so terpaksa lah Opah dengan Tok ambik alih tugas melayan kerenah si budak kecik ni. Dapat lah mama Amrsyar makan dengan tenang. 

Menu buffet lunch di Impiana Hotel (previously know as Casuarina Hotel) tak banyak sangat. But, bagi family saya, kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang ada di Ipoh, buffet Impiana Hotel selalu jadi pilihan kami. If boring dengan rasa di Impiana kami akan ke Haritage. Buffet di hotel-hotel lain kami dah cuba..tapi hanya dua tempat ni saja yang tepati tekak kami. Saya tak sempat nak merasa semua (sebab perut kecik), but...masakkan dia not bad lah. Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Antara semua menu yang ada tengah hari tu, yang saya paling suka ialah Apple Crumble. Dah lama tak dapat makan dessert puas-puas. I still remember when I was a student in Japan, ada hotel or cafe yang suka buat "Dessert Tabehodai" or "Dessert Buffet". Masa tu suka sangat-sangat sebab boleh makan dessert puas-puas. Pilihan dessert yang disediakan banyak pelbagai. Cuma kena berhati-hati coz ada yang tak halal. Tapi kali ni, walaupun pilihan dessert yang ada tak banyak..tapi cukup lah untuk memuaskan tekak saya. I wonder Ada tak hotel kat Perak yang buat Dessert Buffet ? Teringin nak pergi.

Ok la...dah cukup panjang entry kali ni. Dah sampai masa jari saya berhenti menekan keyboard. Akhir sekali sebagai pengganti gambar menu Buffet Lunch kami di Impiana Hotel..terima lah .....

................................

gambar gelagat tok dan opah melayan kerenah cucu yang aktif.

Amrsyar pun sibuk nak makan

Cucu Manje !!!!!

Friday, November 9, 2012

Kisah Amrsyar : 8 Hari Sekali ...

Salam All

Entry kali ni agak kotor sikit. Sorry ya..bagi anda-anda yang sedang menjamu selera. But saya still mahu share experience yang beharga ni coz saya rasa ramai yang still tak tahu especially 1st time mother macam saya.

Akhir September lepas, umur Amrsyar genap 2 bulan. Alhamdulillah Amrsyar tak banyak ragam cuma sejak masuk umur 2 bulan, AMRSYAR JARANG MEMBUANG. Masa baru-baru lahir dulu, dalam 1 hari, dia akan membuang 3 or 4 kali. Bila dah masuk 1 bulan..Amrsyar cuma membuang sekali sehari. But, bila start masuk 2 bulan, dia dah jarang membuang. Ada masa dia akan meneran macam nak membuang, tapi tak ada poo yang keluar. Mula-mula saya risau jugak. But after search kat internet baru saya lega sikit. Rupanya its normal if babies yang fully BF tidak membuang berhari-hari. Palling lama Amrsyar tak membuang ialah selama 10 hari. Walaupun tak membuang berhari-hari, perut Amrsyar tak keras dan dia happy dan aktif macam biasa.


Untuk memastikan sistem pembuangan Amrsyar tak ada masalah, saya dan En. Amri bawa Amrsyar jumpa paediatric di Rafflesia Medical Centre. Paediatric yang check Amrsyar kata selagi poo dia cair keemasan (bukan biji-biji macam poo kambing), perut dia tak mengeras dan dia aktif..there's nothing to worry about sebab saya fully BF kan Amrsyar. Susu ibu tak sama macam susu formula yang banyak bahan yang perlu dibuang. Baby yang fully BF biasanya akan serap almost all kandungan susu ibu. So, tak ada bahan buangan dalam usus baby. Thats why baby tak membuang berhari-hari..sebab usus dia belum penuh. 

So sekarang ni bila Amrsyar tak membuang berhari-hari saya dan En. Amri tak risau dah. Normally Amrsyar akan membuang 8 hari sekali. Bila direnungkan balik, saya kagum dengan kuasa Allah yang telah jadikan badan seorang ibu mampu menghasilkan susu. No matter berapa hebat pun susu formula yang manusia mampu cipta, belum mampu tandingi susu ibu ciptaan Allah.

Ok la.. 2 heroes saya dah lama berlayar. Before saya tamatkan entry ni and join them, here are some pics of us :


Amrsyar with Nyet-Nyet

Mama, Amrsyar and Babah time melawat Beaufort



Monday, September 17, 2012

Bedung atau Tak?

Salam All

Lama sangat kan saya saya menghilang. Sejak bergelar MAMA AMRSYAR, cuma ada satu entry saja. Huhuhu..verry sorry. Since Amrsyar lahir, hidup saya berubah 270 degree. Masa untuk diri sendiri agak terhad. Tipu lah kalau saya kata Amrsyar baby yang jarang menangis. Amrsyar is a normal baby..ada masa suka menangis, ada masa suka bersembang, ada masa suka berdukung...yang dia tak suka cuma masa dia kena letak dalam katil dia. Tambah pulak En. Amri kena bertugas di Semporna, lagi la saya tak ada masa untuk update blog ni (Kalau ada pun, saya cuma nak lelapkan mata saja).

Actually rite now, saya tengah binggung. Since ini pengalaman pertama saya bergelar mama, saya agak confuse soal bedung-membedung baby. PERLU ATAU TIDAK BABY DIBEDUNG? Waktu Amrsyar lahir, saya bedungkan dia. Tapi bila umur Amrsyar dah masuk 20 hari, Amrsyar makin tak suka kena bedung. He likes to move his hands and legs freely. Even time tidur pun dia tak suka dibedung. Walaupun tak dibedung Amrsyar tidur lena. Cuma sekali sekala dia akan gerakkan tangan and kaki dia. So, since that, saya tak bedungkan dia lagi. But, last week, saya ke rumah my in laws. My MIL tegur coz saya tak bedungkan Amrsyar waktu tidur.So, sepanjang 5 hari kami di rumah my in laws, Amrsyar tidur dibedung. Yes...he sleeps longer dan jarang terkejut but, rasa kesian sangat bila tengok dia meronta-ronta masa tengah tidur maybe panas dan lenguh badan. Tak berani nak buka sebab takut kena marah dengan mak mentua. Huhuhu.hypocrite sikit.

Rite now..saya confuse. Patut ke saya ikut nasihat my MIL supaya bedungkan Amrsyar waktu tidur or biarkan saja dia tidur tanpa dibedung? I read somewhere tentang keburukkan bedung.Ada yang kata bedung melambatkan perkembangan sistem saraf dan pembanggunan otak. Ini kerana baby sentiasa ditelentangkan dan sukar untuk bergerak so baby akan lambat untuk belajar menggunakan tangan dan kaki dan lambat belajar merasa sentuhan. 

SO PERLUKAH AMRSYAR TIDUR DIBEDUNG ATAU TIDAK?

Before saya menamatkan entry yang penuh tanda tanya ini, here are some pics of Amrsyar berbedung penuh, berbedung separuh and tak berbedung terus :

Hari ke-10 : Fully bedung

Hari ke-12 : Yeeyyy !!! Berjaya keluarkan 1 tangan

Hari ke-20 : Tak mau dibedung lagi dah



Thursday, August 2, 2012

Muhammad Ali Amrsyar Bin Amri

!!!!! Salam Peeps !!!!!!

Actually I got lots of thing to membebel..but masa amat terhad. Just a quick update.

At last Pn Putri and En Amri dapat jugak bergelar MAMA n BABAH. Alhamdulillah !!!!!!!!! On 29 July 2012, saya telah selamat melahirkan MUHAMMAD ALI AMRSYAR BIN AMRI di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Amrsyar dilahirkan secara normal. Walaupun terpaksa menahan sakit yang teramat sangat, saya tetap bersyukur dapat melalui pengalaman ini. Sewaktu doktor jahit luka, hati saya sebak bila teringatkan Mama. Rasa sakit yang macam ni la, Mama terpaksa lalui sewaktu melahirkan saya. InsyaAllah selepas ini saya akan  lebih menghargai dan membahagiakan Mama.

THANK YOU TO EN AMRI COZ TEMANKAN SAYA DI LABOUR ROOM. Lin betul-betul hargai kehadiran By time lin tengah sakit sangat-sangat. And also lot of thanks to all nurses and doctors Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh yang membantu saya melahirkan Amrsyar. 
Ok here are some pics of us (Mama, Babah and Amrsyar) :

Last picture before dapat status baru

Amrsyar 1st Day

Amrsyar 5th day