Tuesday, May 21, 2013

Freebies from The Face Shop : T.O.P Girl Kit

Semalam, saya bawa Amrsyar jalan-jalan di Kinta City. Since babah dia sibuk dengan  kursus di PD, so terpaksa la saya bawa budak ni keluar jugak. Kesian dia asyik terperap kat rumah. Baby umur 9 bulan pun kena tengok dunia luar jugak. Sambil jalan, saya sempat collect freebies dari The Face Shop. 


Comey kan freebies ni. Dalam beg kertas ni ada 7 sample. Ada eye gel, masks, sun cream, bb cream dan cream. Kira berbaloi lah saya isi borang dan masuk peraduan untuk jadi model The Face Shop. Haaaaaaaaaaa jadi model !!! Actually niat masuk peraduan ni sebab nak freebies ni je. Tak ada sebarang niat atau harapan pun nak jadi model The Face Shop. Umur dah nak masuk 30 an opsssssss 20 an, anak dah sorang, harapan nak jadi model dah tertutup.

Contoh print out bukti anda dah join contest
Ok la..for those yang berminat, sila buka akaun FB dan type Thefaceshop Malaysia and isi apa yang patut. Lepas tu, print out bukti anda dah sertai peraduan tersebut. After that, sila ke kaunter The Face Shop yang terdekat untuk collect freebies anda. Senangkan?!!!!

Sekian dahulu seisi "sharing is caring" untuk malam ini. Gud nite all. 

Thursday, May 9, 2013

PRU13 : Dakwat Kekal dan Moral Kita

PRU 13 baru saja tamat, tapi kesannya masih terasa. Suasana di sekolah (rite now saya bertugas sebagai guru ganti), sudah agak reda dan beransur kembali kepada asal. Tiada lagi cikgu-cikgu berkumpul mengikut idealogi politik masing-masing. Ramai yang sudah boleh bertegur macam biasa. Cuma pelajar yang masih suka sembang-sembang politik. Tak padan dengan umur budak-budak sekarang. Suruh lukis poster, dibuatnya poster "Re-election". Adoi la adik-adik, jangan la campurkan politik dengan kerja sekolah.

Ok enough cakap kosong pasal PRU13. Actually entry kali ni saya nak sentuh sikit pasal isu dakwat kekal dan moral masyarakat kita. Sebagai isteri tentera, saya mengundi lebih awal dari tarikh PRU sebenar. Pada 30hb 4, saya selamat membuang undi di Kem Lok Kawi, Sabah. Calon yang saya pangkah...biar lah rahsia. Walaupun mengundi awal, kami pun macam semua orang juga, jari telunjuk sebelah kiri dicalitkan dengan dakwat kekal. Cuma warna yang digunakan ialah warna merah (mula-mula warna hitam, but lama-lama dia pudar jadi warna merah). Selepas dicalitkan, saya biarkan dakwat tersebut kering. Dan kemudian saya lalui hari-hari macam biasa..basuh baju, makan, mandi. Dakwat tersebut memang akan pudar dikulit, tapi warnanya masih ada dikuku. Sehingga ke hari PRU sebenar, kuku saya masih bewarna merah. Jadi saya assume, objektif sebenar SPR untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU13 tercapai. Dakwat tersebut memang dapat bertahan untuk tempoh 7 hari.

Walaupun tak cantik, tapi saya tak kesah
Tapi saya agak kecewa dengan moral rakyat Malaysia yang cuba menghilangkan dakwat tersebut dalam tempoh terdekat. Saya lagi kecewa apabila yang melakukannya ialah pengundi awal yang rata-rata merupakan anggota tentera dan polis. Sebagai anggota pertahanan negara, apa lah sangat untuk biarkan jari tu bewarna sehingga ke hari PRU yang sebenar. Jika anda sanggup kobrankan nyawa pada  negara, bukan susah sangat untuk hidup selama beberapa hari dengan jari telunjuk bewarna. Jadi saya tak faham kenapa mesti nak hilangkan warna tersebut dan kemudian kecoh-kecoh di FB or Twitter. Untuk apa? Adakah sebab sengaja nak mencari kesalahan SPR?!! Mintak maaf bagi yang terasa. Tapi sebagai individu, saya rasa tak wajar kita terus dan terus mencari kesilapan orang lain. 

Tamat hari PRU13, keesokkannya saya kembali ke sekolah. Rata-rata cikgu yang mengundi bangga menceritakan cara mereka menghilangkan dakwat kekal tersebut. Ada yang gunakan petrol, ada yang terus lap dengan tisu sebaik saja dicalitkan, ada yang gunakan axion. Saya cuma mampu mendengar tapi dalam hati terdetik BANGGA SANGAT KAH BILA DAPAT LANGGAR ARAHAN? Bagi yang mengundi pada 5 Mei, kalau rasa dakwat tu menganggu sangat..apa lah salahnya biarkan dakwat tu at least sampai pusat undian ditutup. Kalau rasa nak bersihkan pun, tinggal la sikit kesan di kuku. Lepas tu nak bersihkan guna apa sekali pun tak apa. Nak potong jari telunjuk terus pun, tak salah. Susah sangat ke nak ikut  arahan SPR. Sesekali terfikir juga, patut la pelajar sekarang susah nak terima arahan, kalau yang memberi arahan pun bangga bila dapat melanggar arahan. Maaf sekali lagi. Kenyataan ni bukan ditujukan untuk semua guru. Bapa saya pun bekas guru dan beliau tak ada masalah untuk hidup dengan jari telunjuk bewarna biru selama beberapa hari. Malah bangga sebab orang lain tahu beliau dah menunaikan tanggungkawab pada negara. Beliau sendiri akan tengok jari telunjuk anak-menantu (En Amri kena tanya kenapa jari dia tak ada warna. "Saya undi pos Abah") untuk pastikan yang kami dah mengundi.

Kesimpulannya (macam buat rumusan SPM pulak), pada saya objektif penggunaan dakwat kekal oleh SPR berjaya. Yang tak menjayakannya ialah bila wujudnya manusia-manusia yang suka melanggar arahan dan mencari kesalahan orang lain. Saya cuma seorang suri rumah (ada masa bertugas sebagai guru ganti). Peluang saya bekorban untuk negara tak banyak. Jadi bila diminta untuk kekalkan dakwat dijari selama beberapa hari, saya rasa ini peluang saya. 

Untuk PRU14, maybe SPR boleh fikirkan cara lain untuk gantikkan dakwat kekal sebab rata-rata masyarakat Malaysia moralnya agak rendah - Bangga bila melanggar arahan. Macam seorang cikgu sekolah saya katakan, maybe SPR kena kapakkan kepala orang yang datang mengundi. Nak sangat tanda kekal, ambik kau..kekal terus tandanya sampai ke akhir hayat (sorry...just joking. Don't take it seriously). 

Akhir entry, bagi yang terasa dengan teguran saya..saya minta maaf sangat-sangat. Maybe anda ada reason tersendiri. Ini cuma pandangan yang terlintas dalam fikiran saya.

Wednesday, April 10, 2013

Buffet Lunch @ Impiana Hotel, Ipoh

Salam All

Ada ker lagi readers blog ni? !!! Dah lama sangat tak melawat rumah ni. Since saya tinggal dengan my parents di Perak, saya dah jarang-jarang ke dapur. So tak ada resipi baru yang nak di"share"kan. Thats why saya selalu lepak di "rumah" satu lagi, berkongsi kisah hidup. Sorry ya !!!!

Entry kali ni bukan nak cerita pasal resipi. Last weekend, first time saya bawa my baby Amrsyar having buffet lunch kat hotel. Mula-mula tu risau jugak..kalau-kalau this boy buat hal. Since dia dah merangkak dengan lajunya, Amrsyar tak suka kena dukung or duduk diam. He keeps moving every seconds. Tapi, Alhamdulillah...dia tak banyak kerenah. Cuma kena bergilir-gilir jaga dia. Since En. Amri tak dapat join coz terlibat dalam "Hari Tentera Bersama Rakyat", so terpaksa lah Opah dengan Tok ambik alih tugas melayan kerenah si budak kecik ni. Dapat lah mama Amrsyar makan dengan tenang. 

Menu buffet lunch di Impiana Hotel (previously know as Casuarina Hotel) tak banyak sangat. But, bagi family saya, kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang ada di Ipoh, buffet Impiana Hotel selalu jadi pilihan kami. If boring dengan rasa di Impiana kami akan ke Haritage. Buffet di hotel-hotel lain kami dah cuba..tapi hanya dua tempat ni saja yang tepati tekak kami. Saya tak sempat nak merasa semua (sebab perut kecik), but...masakkan dia not bad lah. Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Antara semua menu yang ada tengah hari tu, yang saya paling suka ialah Apple Crumble. Dah lama tak dapat makan dessert puas-puas. I still remember when I was a student in Japan, ada hotel or cafe yang suka buat "Dessert Tabehodai" or "Dessert Buffet". Masa tu suka sangat-sangat sebab boleh makan dessert puas-puas. Pilihan dessert yang disediakan banyak pelbagai. Cuma kena berhati-hati coz ada yang tak halal. Tapi kali ni, walaupun pilihan dessert yang ada tak banyak..tapi cukup lah untuk memuaskan tekak saya. I wonder Ada tak hotel kat Perak yang buat Dessert Buffet ? Teringin nak pergi.

Ok la...dah cukup panjang entry kali ni. Dah sampai masa jari saya berhenti menekan keyboard. Akhir sekali sebagai pengganti gambar menu Buffet Lunch kami di Impiana Hotel..terima lah .....

................................

gambar gelagat tok dan opah melayan kerenah cucu yang aktif.

Amrsyar pun sibuk nak makan

Cucu Manje !!!!!

Saturday, March 16, 2013

RVC Again !!!!!

Atas permintaan best friend En Amri..saya mem"baking" RVC sekali lagi. This time RVC saya dah tak jadi CVC (Chocolate Valvet Cake) lagi. Awal-awal lagi saya dah beli red coloring. But warna merahnya tak la menyala sangat sebab saya tak berani letak banyak pewarna. 

Still using the old recipe for both cake and cream cheese frosting. The texture, still moist macam valvet. Bagi saya if teksture RVC tak moist macam baldu, then that cake should not be called as Red Valvet Cake. But depends pada orang. Ada setengah yang suka RVC ni jadi macam sponge cake. 

Malas nak tulis panjang-panjang, sila rujuk disini untuk resipi RVC.

My 2nd time RVC

Tuesday, February 12, 2013

Carrot Cake untuk Bekas Jiran

As-Salam

Bangun pagi, tengok luar...alahai mendungnya cuaca. Tak bersemangat saya nak mulakan hari ini. Semalam saya sempat ke rumah Kak Yati, bekas jiran sebelah rumah. Sekarang ni dia tengah sarat preggy dan menunggu hari nak deliver her 6th baby. Kak Yati ada mintak resipi carrot cake yang pernah saya buat. Luckily a few weeks a ago saya ada buat carrot cake using recipe from All Recipe. Recipe quite simple and the cake turn up very nice. 

Teringat masa saya baru lekatkan Ali Amrsyar dulu. Masa tengah sidai baju saya tercium bau kari ayam Kak Yati (masa ni kami masih berjiran lagi). Tiba-tiba terus mengidam. Lepas En Amri balik kerja, I told him. The next day, Kak Yati ketuk pintu hantar kari ayam. Rupanya En Amri pergi cerita pada hubby Kak Yati, Mejar Azam yang saya mengidam kari ayam Kak Yati. Sangat lawak ok. Hubungan saya dengan family Kak Yati sangat rapat. Biasa la...bila hubby masing-masing rarely at home, kami jadi lebih banyak bergantung pada jiran tetangga. Saya selalu lepak rumah Kak Yati bila banggunan kami black out. Sometime bila En Amri kena out station, Kak Yati akan hantarkan lauk sebab dia tau saya tak akan masak that day. Kalau hari hujan dan saya tertidur, nanti Achik (anak ke 4 Kak Yati) akan ketuk pintu suruh angkat baju di ampaian. If hubby kami masing-masing kena out station, saya akan jadi driver bawa anak-anak Kak Yati keluar ke taman. Even masa saya sarat preggykan Amrsyar di Perak, kami masih berhubung. Atas budi bicara Mejar Azam, En Amri dapat balik Perak dan temankan saya sewaktu saya menunggu hari nak bersalin (lebih sebulan. Bukan semua pegawai dapat bercuti lama macam ni). But, since Kak Yati pindah ke quaters Mejar, saya dah kurang jumpa dia. Terasa sunyi duduk sini. Jiran baru saya baik jugak. But, wife nya bekerja. Jadi saya kurang rapat. But rajin jugak kami berbalas pinggan. Ada masa jiran baru saya akan hantarkan mee atau kuew teow goreng. Dan normally saya balaskan dengan kek atau puding. Seronok bila dapat tengok senyuman anak-anak jiran dapat kek. Sangat real dan ikhlas. 

Ok back to our carrot cake's story. Atas permintaan Kak Yati, pagi tadi saya mem"baking" CARROT CAKE. Untuk frosting pula, saya gunakan resipi frosting cream cheese Red Valvet Cake. Kek ni tak terlalu lembab atau kering. Tekstur agak fragile sikit. So kena berhati-hati masa memotong. Disebabkan my family is not a fan of carrot, saya kurangkan kuantiti parutan carrot. Bagi saya, kalau nak mem"baking" kek yang ber"frosting", ketebalan kek sangat penting. Untuk resipi kali ni, pan empat segi 7 x 7 inci agak sesuai. Kek jadi tak terlalu tebal. Cukup sekadar saya sapukan satu lapisan nipis cream cheese supaya rasa kek tak muak. Petang tadi, sebelum ke Giant Putatan, saya sempat hantar kek ni pada Kak Yati. Semoga baby dia tak akan meleleh air liur bila keluar nanti.   

CARROT CAKE


Bahan-bahan

2 biji telur
1/2 cawan + 2 sudu besar minyak (saya gantikkan dengan planta)
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil cinnamon powder
1 1/2 cawan parutan carrot (saya kurangkan kepada 5 or 6 sudu besar)

1. Panaskan oven 175 C.
2. Oleh sebab saya gunakan planta, saya pukul planta dan gula sampai kembang. 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila.
5. Ayak tepung,baking powder, baking soda, cinnamon powder dan garam. 
6. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan planta. Kacau rata guna sudu atau spatula.
7. Masukkan parutan carrot dan kacau rata.
8. Tuang dalam pan 7 x 7 inci dan bakar selama 30 ke 40 minit.
9. Letakkan frosting bila kek dah suam-suam kuku.




Friday, February 1, 2013

Lemony Lemon Cake

As-Salam

A few days ago, my big hero (En Amri la sapa lagi) asked me ... Kenapa dah lama tak ada kek or mupin? Hehehehe ... Jawapannyya mudah saja. Sebab baby Amrsyar dah pandai merangkak. Pantang lepa sikit jer..dia dah merangkak sampai ke hujung tilam. Sikit lagi kepala dia nak hentam lantai. Bahaya betoii !! Since dia dah pandai merangkak dan duduk, tidur siang pun sekejap-sekejap je. Tak sempat nak mem"baking". 

But bila dah kena tegur dengan En Amri, pagi tadi berbekalkan semangat yang kental, saya memulakan projek baking saya. Disebabkan En Amri masih masih dan masih terlupa belikan fresh milk, so saya decide untuk baking kek yang sangat-sangat simple, which is Lemon Cake. Asal resipi ni dari Sicilian Orange Cake from blog Periuk Belanga Zarin. Saya dah try banyak kali resipi Sicilian Orange Cake ni. First time buat, saya follow resipi kak Zarin tu betul-betul. Jenuh saya parut kulit oren (masa ni masih berdua lagi). Second time, saya replace oren dengan 2 sudu besar Sunquick (waktu ni Amrsyar dah keluar. Semuanya mau instant). Hasilnya still yummy. Rasa macam makan kek oren kat kedai. Dan ini kali ke-3, saya guna pati lemon (masih intsant. Tak ada masa nak memerah lemon). The taste still yummy, but saya lebih suka yang perasa Sunquick. 

Ok la enough membebel. Here is the recipe that you might wanna try :

Lemony Lemon Cake


125 g butter
125 g gula
125 g tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar pati lemon (saya guna jenama Lazy Lemon)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda

1. Panaskan oven 170 C. 
2. Pukul butter dan gula sampai putih. Masukkan telur satu per satu.
3. campurkan tepung, baking powder daan baking soda. Ayak.
4. Masukkan pati lemon ke dalam adunan butter. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan butter. Kacau guna senduk/spatula.
6. Sudukan dalam acuan cup cake.
7. Bakar 20 ke 30 minit.

Senangkan??!!! Actually ini antara resipi kek yang paling senang dan simple. Bahan-bahan pun tak banyak. For those yang baru nak mula-mula berjinak dengan dunia baking-mem"baking" ni, boleh la cuba. Kalau tak jadi pun, tak ada la ralat sangat.




Wednesday, January 30, 2013

Hijau Hijau si Kek Pandan

As-Salam All

Sejak dua tiga hari yang lepas, saya tak ada masa nak mem"baking" apa-apa. Amrsyar meragam..tido siang pun kejap-kejap je. But this morning, Amrsyar well behaved. Belum suapkan breakfast dia dah tertidur sambil tengok kartun. So, apa lagi..cepat-cepat saya angkat hand mixer (En Amri belum mampu nak belikan bread maker) dan memulakan projek mem"baking" saya. Sejak semalam lagi saya dah terliur nak dengan Kek Pandan Mentega Kas Kas yang Cik Mat DTS tayang. But, saya tak letak poppy seeds sebab En. Amri tak makan. Saya cuma baking KEK PANDAN kosong saja. Anyway the taste super yummy dan masa tengah bakar dalam oven...sangat harum. This time saya hantar pada Kak Zie (jiran tingkat 1), since cuma kami berdua je yang housewife di blok ni...so saya confirm dia dapat bau kek pandan saya. Tak manis la pulak kalau tak hantar kan?!!!!

Untuk resipi kali ini, saya "half" bahan dari resipi asal dan lakukan sikit changes. Saya gantikan susu dengan santan memandangkan En Amri selalu terlupa beli susu yang saya pesan. Untuk dapatkan warna hijau, saya gunakan daun pandan yang tumbuh subur diawah rumah.

Kek Pandan


125g mentega
100g gula
2 biji telur
125g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar santan pekat 
5 helai daun pandan (blend bersama air dan tapis)

1. Panaskan oven 160 C.
2. Pukul mentega bersama gula sampai gula hancur.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Ayak tepung bersama baking powder.
5. Campurkan santan pekat dengan air pandan sehingga menjadi 50ml. Kalau air pandan tak cukup, tambah air masak.
6. Masukkan tepung berselang-seli dengan adunan santan bersama air pandan. Kacau guna spatula.
7. Tuangkan adunan dalam baking pan yang sudah dilapik dengan kertas.
8. Bakar selama 30 ke 40 minit. Ikut ragam oven masing-masing.

+++++ Selamat Mencuba +++++