Thursday, May 9, 2013

PRU13 : Dakwat Kekal dan Moral Kita

PRU 13 baru saja tamat, tapi kesannya masih terasa. Suasana di sekolah (rite now saya bertugas sebagai guru ganti), sudah agak reda dan beransur kembali kepada asal. Tiada lagi cikgu-cikgu berkumpul mengikut idealogi politik masing-masing. Ramai yang sudah boleh bertegur macam biasa. Cuma pelajar yang masih suka sembang-sembang politik. Tak padan dengan umur budak-budak sekarang. Suruh lukis poster, dibuatnya poster "Re-election". Adoi la adik-adik, jangan la campurkan politik dengan kerja sekolah.

Ok enough cakap kosong pasal PRU13. Actually entry kali ni saya nak sentuh sikit pasal isu dakwat kekal dan moral masyarakat kita. Sebagai isteri tentera, saya mengundi lebih awal dari tarikh PRU sebenar. Pada 30hb 4, saya selamat membuang undi di Kem Lok Kawi, Sabah. Calon yang saya pangkah...biar lah rahsia. Walaupun mengundi awal, kami pun macam semua orang juga, jari telunjuk sebelah kiri dicalitkan dengan dakwat kekal. Cuma warna yang digunakan ialah warna merah (mula-mula warna hitam, but lama-lama dia pudar jadi warna merah). Selepas dicalitkan, saya biarkan dakwat tersebut kering. Dan kemudian saya lalui hari-hari macam biasa..basuh baju, makan, mandi. Dakwat tersebut memang akan pudar dikulit, tapi warnanya masih ada dikuku. Sehingga ke hari PRU sebenar, kuku saya masih bewarna merah. Jadi saya assume, objektif sebenar SPR untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU13 tercapai. Dakwat tersebut memang dapat bertahan untuk tempoh 7 hari.

Walaupun tak cantik, tapi saya tak kesah
Tapi saya agak kecewa dengan moral rakyat Malaysia yang cuba menghilangkan dakwat tersebut dalam tempoh terdekat. Saya lagi kecewa apabila yang melakukannya ialah pengundi awal yang rata-rata merupakan anggota tentera dan polis. Sebagai anggota pertahanan negara, apa lah sangat untuk biarkan jari tu bewarna sehingga ke hari PRU yang sebenar. Jika anda sanggup kobrankan nyawa pada  negara, bukan susah sangat untuk hidup selama beberapa hari dengan jari telunjuk bewarna. Jadi saya tak faham kenapa mesti nak hilangkan warna tersebut dan kemudian kecoh-kecoh di FB or Twitter. Untuk apa? Adakah sebab sengaja nak mencari kesalahan SPR?!! Mintak maaf bagi yang terasa. Tapi sebagai individu, saya rasa tak wajar kita terus dan terus mencari kesilapan orang lain. 

Tamat hari PRU13, keesokkannya saya kembali ke sekolah. Rata-rata cikgu yang mengundi bangga menceritakan cara mereka menghilangkan dakwat kekal tersebut. Ada yang gunakan petrol, ada yang terus lap dengan tisu sebaik saja dicalitkan, ada yang gunakan axion. Saya cuma mampu mendengar tapi dalam hati terdetik BANGGA SANGAT KAH BILA DAPAT LANGGAR ARAHAN? Bagi yang mengundi pada 5 Mei, kalau rasa dakwat tu menganggu sangat..apa lah salahnya biarkan dakwat tu at least sampai pusat undian ditutup. Kalau rasa nak bersihkan pun, tinggal la sikit kesan di kuku. Lepas tu nak bersihkan guna apa sekali pun tak apa. Nak potong jari telunjuk terus pun, tak salah. Susah sangat ke nak ikut  arahan SPR. Sesekali terfikir juga, patut la pelajar sekarang susah nak terima arahan, kalau yang memberi arahan pun bangga bila dapat melanggar arahan. Maaf sekali lagi. Kenyataan ni bukan ditujukan untuk semua guru. Bapa saya pun bekas guru dan beliau tak ada masalah untuk hidup dengan jari telunjuk bewarna biru selama beberapa hari. Malah bangga sebab orang lain tahu beliau dah menunaikan tanggungkawab pada negara. Beliau sendiri akan tengok jari telunjuk anak-menantu (En Amri kena tanya kenapa jari dia tak ada warna. "Saya undi pos Abah") untuk pastikan yang kami dah mengundi.

Kesimpulannya (macam buat rumusan SPM pulak), pada saya objektif penggunaan dakwat kekal oleh SPR berjaya. Yang tak menjayakannya ialah bila wujudnya manusia-manusia yang suka melanggar arahan dan mencari kesalahan orang lain. Saya cuma seorang suri rumah (ada masa bertugas sebagai guru ganti). Peluang saya bekorban untuk negara tak banyak. Jadi bila diminta untuk kekalkan dakwat dijari selama beberapa hari, saya rasa ini peluang saya. 

Untuk PRU14, maybe SPR boleh fikirkan cara lain untuk gantikkan dakwat kekal sebab rata-rata masyarakat Malaysia moralnya agak rendah - Bangga bila melanggar arahan. Macam seorang cikgu sekolah saya katakan, maybe SPR kena kapakkan kepala orang yang datang mengundi. Nak sangat tanda kekal, ambik kau..kekal terus tandanya sampai ke akhir hayat (sorry...just joking. Don't take it seriously). 

Akhir entry, bagi yang terasa dengan teguran saya..saya minta maaf sangat-sangat. Maybe anda ada reason tersendiri. Ini cuma pandangan yang terlintas dalam fikiran saya.

7 comments:

  1. dorang saja nak timbulkan isu tu..kalau nak ikutkan mmg ler dakwat tu kekal lebih dari 3 hari kalau dorang tak gosok guna span ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dakwat saya tahan lebih drp 7 hari.rasa mcm x elok pulak bila kita sengaja nk cari kesilapan org lain

      Delete
  2. Nk kapak kan pengundi?cnfm kekal hingga ke akhir hayat!
    Serius klaka hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu cuma cadangan utk SPR.tapi comfirm semua org tak ngundi pulak nanti

      Delete
  3. hehe..dkwat kt jari nida bape hari ntah bru hilang.. :)

    ReplyDelete