Thursday, April 16, 2015

Tiramisu (Mascarpone Cheese)

After almost 2 months tak update blog, baru kali ni Pn Putri timbul kembali. Sejak tinggal dengan parents sendiri, saya memang dah jarang masuk dapur untuk masak. Mana tak nya...setiap hari Mama dah masakkan. Sekali-sekala bila En Amri balik, baru saya ke dapur. Itupun untuk buat kek or desert. Kalau masak untuk dinner dan lunch memang Mama yang masakan. Rindu dapur sendiri tapi buat masa ni...ini lah hidup kami. Sabar la untuk sedikit masa lagi.

Ahad yang lepas saya sempat buat Tiramisu. Kalau ikutkan ini kali ke-3 saya buat Tiramisu disepanjang hayat saya. Malas kan...tiramisu yang simple pun baru 3 kali buat. Kalau sebelum ni saya buat tiramisu guna cream cheese tapi kali ni buat guna mascarpone cheese. Actually saya terlebih excited bila jumpa mascarpone cheese kat Tesco. Tu yang buat tiramisu. Hahahaha... Time kat Jepun dulu senang nak jumpa mascarpone cheese...supa dekat rumah pun ada jual. Tapi kat Mesia...payah nak jumpa. Kat kedai kek pun blom tentu ada jual lagi. Tu yang jadi terlebeh excited bila terjumpa kat Tesco.

After bertung-tang didapur selama 30 minit...akhirnya ini lah hasilnya :


Condong macam menara condong..huhuhu. Bentuk memang tak firm (kalau nak firm bolehcari resipi yang pakai gelatin), tapi rasa marvelous. Apa beza tiramisu guna mascarpone cheese dan cream cheese ? Bagi saya tiramisu yang guna mascarpone cheese rasa lebih ber"cheese". Agaknya sebab tu orang puteh lebih suka guna mascarpone  cheese. Itu pendapat saya je.. Lain tekak, lain citarasanye... ye tak ?

Ini resipi Tiramisu Mascarpone Cheese. Walaupun simple, saya nak tulis jugak untuk rujukjan masa hadapan. Al-maklum lah dah tua....Pn Putri mudah lupa.

TIRAMISU MASCARPONE CHEESE

250g Mascarpone Cheese
200 ml Whipping Cream
Biskut Lady Finger secukupnya
1 cawan gula icing (kurangkan kalau tak suka manis)
esen vanila secukupnya
setengah cawan bancuhan kopi pekat
serbuk koko secukupnya

1. Satukan mascarpone cheese, whipping cream dan gula icing. Pukul semua bahan tersebut. Masukan esen vanilla. Pukul sekejap supaya esen vanila sebati dengan adunan.

2. Susun biskut lady finger secara mendatar di dalam bekas. Curahkan bancuhan kopi pekat ke atas susunan biskut.

3. Tuangkan adunan cheese ke atas susunan biskut tadi. Ratakan sehingga membentuk satu lapisan ( tebal ikut suka ).

4. Ayakkan serbuk koko di atas lapisan cream sehingga menutupi seluruh permukaan.

5. Ulang langkah 2 dan 3. Lepas langkah 3, jangan ayak serbuk koko. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

6. Bila nak makan, ayakkan serbuk koko sekali lagi diatas lapisan cheese. Saya lebih suka guna cara ni supaya lapisan cheese dan serbuk koko tak bercampur time kita simpan dalam peti sejuk.

18 comments:

  1. wahhh sedap nya tiramisu... terus lapar nengok ni..
    sy pun baru kembali dr menghilang.. hehe

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala rajin nk masak
    sama je kan kita ni...baru nk aktif blogging balik

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya..sy in hantu cheese.apa saja yg berasaskan cheese memang tak tolak..walaupun mascarpone cheese pun tatau camna.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mascarpone cheese mcm cream.cheese tp yg beza rasanya. mascarpone cheese slalu guna utk.buat tiramisu.pernah juga baca resipu yg guna mascarpone cheese utk bt toping

      Delete
  4. Bila ada cheese, manis pulak tu, memang sedap.. tapi setakat ni malas nk biat sendiri, bimbang gak kalau rajin buat sendiri kang naik lemak dalam badan ni.. mmg hantu makan cheese cake..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat..makan sikit yg lebih bg kt jiran..baru x naik lemak

      Delete
  5. Sama lh sy,br muncul da lme mnyepi..hii..
    Best npk tiramisu ni.blum pnah cuba.suke sgt klu ade yg cheese2 ni.nanti bleh buat.. tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la..dh kurang rajin nk update blog sekarang ni
      saly bleh cuba...x susah pun sebab x yah bakar

      Delete
  6. salam singgah selasa lawat Putri & anak2...:)

    ReplyDelete
  7. salam singgah selasa lawat Putri & anak2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam atie..insyaAllah daya ke blog atie pulak nanti

      Delete
  8. saya pernah buat yang guna kastard tu. resepi ringkas katanya tapi sebab kastard terhangus terus jadi tak sedap nguuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat guna cheese je kira...x payah masak...x de kes hangus.

      Delete
  9. cuba tukar guna biskut coklat cip.... saya guna cipmore hazelnut..... pon sedap.... resepi dari food channel

    ReplyDelete
  10. cuba tukar guna biskut coklat cip.... saya guna cipmore hazelnut..... pon sedap.... resepi dari food channel

    ReplyDelete