Wednesday, January 18, 2017

Cadbury Congo Bars

Assalamualaikum

Bebaru ni resipi Cadbury Congo Bars timbul di FB saya. Tak tahu lah...sapa yang share. Tapi bila dah tengok...terliur la pulak nak rasa. Sebelum ni saya pernah dengar pasal Congo Bars...tapi tak teringin nak mencuba. Tapi bila dah tengok gambar...hurmmm....teringin sangat. Bila baca resipi...rasa macam boleh buat sendiri je. Bahan-bahan pun mudah nak cari.

Lepas balik kerja dan masak nasi goreng untuk En Amri, saya pun mula lah ber'tanggo' di dapur untuk menyediakan si congo bars ni. Resipi asal cuma letak coklat bars cadbury saja...tapi kebetulan kami baru balik dari Cameron..so ada stok strawberry yang kami petik dalam peti ais. Saya pun hiris strawberry dan letak dalam adunan congo bars. Baru nampak berseri sikit...ada warna merah..kalau tak...semua warna coklat je.

Ikut resipi asal sukatan bahan dalam gram tapi penimbang saya dah lama rosak. So saya convertkan sukatan bahan dalam cawan dan sudu. Huhuhuhu....walaupun dah diolah...alhamdulillah Congo Bars ku tetap menjadi. Adunan yang saya buat tak terlalu manis..so bila di combinekan dengan cadbury bars...rasanya memang mabeles. Family dan ofismate puji sedappppp. Alhamdulillah..... Congo Bars habis dalam masa 24 jam.

Bagi yang tak tahu nak buat apa weekend ni...boleh cuba resipi ni. Saya tak guna mixer pun....semua pukul pakai tangan je. Sado tak Puan Putri ni?!!!

CADBURY CONGO BARS


Bahan-Bahan

2 cawan + 1 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 cawan + 2 sudu besar butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat chips
Cadbury bars dan strawberry sesedap rasa

1. Pukul butter dan gula perang sampai jadi paste. Saya tak pakai mixer sebab takut over beat.
2. Masukan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai rata.
3. Satukan tepung dan baking powder dan masukan dalam adunan sikit-sikit. Kacau guna sudu lagi senang sebab adunan jadi makin pekat.
4. Masukan coklat chip. Kacau bagi rata.
5. Tuang dalam acuan 4 segi yang dah dialas dengan baking paper. Congo bars ni nipis je...so jangan letak adunan terlalu banyak dalam acuan...nanti jadi kek pulak.
6. Ratakan permukaan adunan dan susun coklat bars dan hirisan strawberry.
7. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga permukaanyer jadi kuning keemasan.
8. Bila dah sejuk...potong 4 segi tepat. Congo bars saya tak sempat tunggu sejuk dah kena potong atas permintaan anak teruna saya yang tak tahan bau wangi congo bars ni.

1 comment:

  1. macam sng je resepi..teringin nak buat..tolonglah rajin tu datang...hehe

    ReplyDelete