Tuesday, November 10, 2015

Kek Coklat Kukus

Setiap kali buat susu anak mesti saya terpandang steamer hasil menang cabutan bertuah di supermarket Minat. Seingat saya, saya cuma pernah pakai steamer tu sekali saja...untuk buat apam susu. Then saya peram saja steamer tu kat kabinet. Setiap hari nampak...tapi malasnyer nak mengukus. Untill hari ni...hati terdetik nak makan kek coklat. Kalau kek coklat mesti lah nak yang lembab...dan nak dapat kek coklat yang lembab...mesti kena guna steamer. Kalau bake guna oven...jarang dapat kek coklat yang lembab.

Saya start men'google' resipi. Kebanyakkan blog masakkan guna satu resipi yang sama untuk kek coklat kukus. So saya pun buat keputusan nak cuba resipi tu. If ramai orang dah cuba...mesti keknya sedapkan. Bahan-bahan tak susah nak cari...cuba cara sediakan kek tu...agak merenyah sikit. Apapun sebab nak makan...kita ikut saja. Bukan suruh panjat bukit pun...cuma ada bahan yang kena masak atas dapur. Itupun dah cukup merenyah untuk saya...nampak sangat perangai malas tu.

Untuk saya resipi ni berbaloi untuk dicuba. Teksture kek pun lembab dan rasa kek tak terlalu manis. At first memang risau kek ni jadi terlalu manis sebab guna susu pekat dan gula. Tapi lepas dah siap....ok lah...satu rumah suka. Bagi yang suka extra manis macam saya, boleh lebihkan susu pekat dalam topping. Kalau budget lebih boleh hiaskan kek dengan M&M...sangat colorfull. Tapi untuk kali ni saya cuma taburkan manik gula. Malas nak kuar g beli coklat M&M. Guna apa yang ada saja.


Bahan-Bahan

1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Masak semua bahan diatas dengan api yang kecil. Kacau selalu.

3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 biji telur (yang 1/2 biji tu pandai-pandai bajet sendiri)

1. Pukul telur sampai kembang. Masukan esen vanilla.
2. Masukkan adunan coklat berselang-seli dengan tepung.
3. Pukul adunan sehingga semua sebati. 
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
5. Masukan loyang ke dalam steamer yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus kek selama sejam.

Untuk Topping
Masak susu pekat, serbuk koko dan mentega atas api yang kecil. Kacau sehingga semuanya sebati.
Tuang topping coklat atas kek. Hiaskan kek ikut citarasa sendiri.

4 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. sy kalau bab-bab kek ni memang hampeh..hari tu try buat tiga kali semua tak menjadi haha

    ReplyDelete
  3. Saya pulak jenis yang malas nk mengukus sbb nanti kek cepat rosak. Lebih suka bakar je. Xpayah lap2 penutup periuk hihi

    ReplyDelete