Sunday, August 2, 2015

Muffin Coklat Cream Cheese

Almost 1 month saya tak mengupdate blog. Life getting hectic bila anak-anak makin besar. Pantang saya lepa sikit ada saja projek yang Ali dan Adik buat. Paling teruk bila budak berdua ni bergaduh. Mula la si abang tolak adik, si adik gigit abang. Sudahnya saya terpaksa lupakan HP or tablet buat seketika. Apa-apa saja lah asalkan anak-anak membesar dengan sihat dan selamat. 

Last weekend, atas permintaan Ali yang asyik mintak kek, saya terpaksa merajinkan diri masuk dapur. Kalau ikut hati, raya-raya ni memang malas nak baking kek. Tapi anak punya pasal......buat jugak. Mula-mula nak buat cupcake tapi bila terpandang resipi muffin coklat kat kotak cream cheese yang saya beli...hurmmmmmm tergoda la pulak. So Ahad malam, saya start membaking muffin coklat kat dapur. Muffin ni guna cream cheese so texture muffin agak moist. Bagi yang suka muffin yang lebih rasa coklat saya cadangkan anda guna serbuk coklat Van Houten. Saya bawak muffin ni ke ofis, ramai yang cakap muffin ni memang pekat rasa coklat but not extremly sweet. Suka bila orang puji...terangkat punggung. Apapun yang penting Ali suka. Seronok bila balik kerja, Opah cakap Ali makan 2 ketul muffin. Lepas ni InsyaAllah Mama rajin lagi masuk dapur.

Bagi yang tertanya-tanya resipi muffin coklat ni, ini resipi dia.

MUFFIN COKLAT CREAM CHEESE


Sumber Resipi : Kotak Cream Cheese Emborg

Bahan-bahan

100g Butter
100g Cream Cheese
100g gula
1/2 sudu teh esen vanilla (terlupa letak)
1/8 sudu teh garam (terlupa letak jugak)
2 biji telur
75g tepung *
1/2 sudu teh baking powder * (saya guna tepung naik sendiri jadi tak letak)
50g serbuk coklat
100 g dark coklat (saya guna coklat makan Hershey's)

1. Pukul butter, cream cheese, esen vanilla dan gula sehingga jadi krim.
2. Masukan telur satu persatu. Pukul sehingga rata.
3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk coklat sebanyak 2x (saya tak ayak sebab nak cepat.) Gaul sebati bahan-bahan kering supaya sebati. Apabila sudah sebati, masukan bahan kering ke dalam adunan butter dan cream cheese tadi. Kacau rata.
4. Patahkan dark coklat kecil-kecil dan masukan dalam adunan muffin. Kacau rata dengan sudu.
5. Sudukan dalam muffin cup dan bakar 170 C selama 15 minit.

Done....sedap pun sedap...cuma muffin ni a little bit cossy for me. Buat untuk makan-makan boleh la....kalo untuk jual rasanya tak berbaloi. Cream cheese mahaiiiii !!!!!

12 comments:

  1. ana teringin nak wat kek or cupcake tapi cosnya mahal nak wat kek sekali tu ja.. pastu baki2 bahan yang tinggal xdiguna pakai lagi. hehe

    ReplyDelete
  2. macam sedap je and macam senang je buatnya..tp xde talent utk membaking..anyway salam perkenalan blogwalking here

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakat boleh diasah..yg penting mencuba

      Delete
  3. Replies
    1. Dipersilakn dgn segala hormatnya cik fara

      Delete
  4. Apa sahaja berkaitan dengan resepi coklat, saya suka..
    Mesti sedap kann Putri.. ;-)

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap muffin coklat cheese :-)

    ReplyDelete
  6. si kecil sy pun sukakan coklat...apa2 berkaitan coklat mmg favourite die la :)
    hantu desert ^_^

    ReplyDelete