Thursday, December 1, 2011

Putri's Footrprints in Kundasang

Salam
After more than 1 year duduk Sabah, akhirnya sampai juga aku ke KUNDASANG (En. Amri selalu busy dengan kerja). Kundasang macam Cameron Highland, famous dengan sayur dan buah-buahan segar (tapi strawberry tak ada). Kami bertolak pukul 4.30 am. Jalan nak ke Kundasang quite adventure jugak..kejap turun dan kejap naik . Luckily kami ada driver yang cekap (thanks to En Amri). On the way ke Kinabalu National Park, aku dapat tengok puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat. MasyaAllah..kagum sekejap dengan ciptaan Allah. Kalau dulu dok tengok gambar Gunung Kinabalu dalam buku Geografi saja..tapi Alhamdulillah sekarang merasa jugak aku tengok dengan mata sendiri. Actually puncak Gunung Kinabalu tak ada tumbuhan..yang nampak cuma batu-batu saja. Bawah sikit dari puncak baru nampak warna hijau..kalau tengok betul-betul boleh nampak air terjun warna putih. Sangat cantik..tapi aku tak sempat nak snap gambar. Aku ingat nak snap masa turun dari Kundasang nanti, tapi masa turun puncak Gunung Kinabalu dah ditutupi awan. Sorry ya!!!
Anyway, here are some pics of my trip. ENJOY !!!!

Kinabalu National Park
Kinabalu National Park
Actually taman ni adalah tempat permulaan bagi orang yang nak panjat Gunung Kinabalu. But, bagi orang yang tak ada intention nak panjat (macam aku) pun boleh datang jugak. Sekadar nak bergambar dengan view puncak Gunung Kinabalu. Tapi tengok cuaca juga. Kalau pukul 1:00 pm keatas rasanya puncak gunung dah kena tutup dengan awan. Entrance fee cuma RM 3/person.

Sabah Tea
Tea Biscuit
Ladang Teh Sabah
Pernah dengar TEH SABAH?!!! Teh Sabah maybe tak se"famous" teh Boh, tapi di Sabah teh ni la yang paling glamour. Aku bukan pengemar teh jadi tak tau apa beza antara teh Sabah dan teh Boh. But, yang aku tahu, ladang teh Boh di Cameron Highland lagi besar dari ladang teh Sabah. Actually tempat ni tak ada apa sangat pun. Cuma bagi penggemar teh yang nak rasa teh Sabah perisa pandan, cinnamon, tongkat ali atau vanilla..anda boleh dapatkan disini. Aku rasa teh perasa macam tu tak ada dijual di supermarket. Aku beli biscuit teh. The taste quite nice...ada rasa kelat teh then sweet. Bagi aku, I like it. Entrance Fee is free.

Kundasang War Memorial

Pelik?!!!

Tugu memperingati tentera Australia

Kolam orang buang syiling




Kundasang War Memorial
Tempat ni penuh sejarah. Dibina untuk memperingati tentera Australia dan British yang terkorban semasa pemerintahan Jepun. Tempat ni ala english garden..cuma tak banyak bunga (quite disappointing). Bila masuk tempat ni rasa sayu sikit sebab this place full of poems untuk tentera yang terkorban. Entrance fee cuma RM 2 atau RM 3/person (En. Amri yang bayar).


Lokan dan Puding Kelapa
After turun dari Kundasang, kami bawa Mama dan Abah pekena LOKAN BAKAR dan PUDING KELAPA di Sulaman. Kedai-kedai kat disini cuma ditepi jalan (so for those yang selera tinggi..you can forget this place), tapi pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan (kira quite famous juga). Aku suka lokan kat sini sebab fresh dan puding kelapa pun manis dan lemak. So bagi yang nak datang ke Sabah boleh la cuba rasa.

Keesokkan harinya, En Amri tidur satu hari sebab ponat jadi driver kami. Dan aku pun tumpang se"tilam" (saja buat-buat penat). Ok lah..dah sampai ke penghujung trip. See you in next entry.

3 comments:

  1. salam put3....bestnye g kundasang. last july k.ros g sabah bwk family dtg ramai2 tapi sbb masa tight kami skip g kundasang...round KK je satu hari, pastu bwk dorg g miri & brunei je...mmg terkilan gak dorg xsmpt g kundasang. k.ros plan mmg nak g gak tapi husb susahnye le dpt cuti. ni cuti sebulan sibuk nak blk semenanjung pulak. btw u xblk semenanjung ke?

    ReplyDelete
  2. salam kak ros
    kundasang best jugak.pagi2 memang sejuk..tp bila dah tengahhari dah x sejuk sangat.saya pun x dpt jalan kundasang habis lagi..ingat nak pegi lagi dan sewa chalet and jalan puas2.saya x blk semenanjung la kak ros..husband payah nak dapat cuti.raya hari tu kami dah cuti 2 minggu.bln 12 ni bagi chance pada family lain yg ada anak2 lah pulak

    ReplyDelete
  3. Assalamu Alaikum, Perjalanan libur menyenangkan ya....,
    Info menarik, ditambah gambar-gambar cantik, indah jadinya... TQ

    ReplyDelete