Tuesday, November 15, 2011

Agar - Agar Milo

Salam Readers, 
Entry kali ni Pn Putri nak mengayakan AGAR-AGAR MILO yang baru je buat tadi. Since last Saturday En Amri ada kerja luar and this Friday baru balik. So lately appetite aku agak kurang. Makan apa pun rasa tak sedap...but I still need to feed myself (tak boleh nak ikut perasaan sangat..perut mesti diisi). Kalau sakit nanti kesian pulak dekat diri sendiri. Untuk mengisi masa-masa yang boring without En Amri, aku asyik ber"blogwalking". Dalam tengah melawat dan berkunjung ke rumah-rumah bloger yang lain..aku terketuk rumak CIK MAT dan tejumpa resipi Agar-Agar Milo. Nampak sedap and resipi pun quite simple. So, without wasting time aku pun mula lah bereksperimen didapur. 

Alhamdulillah menjadi jugak walaupun ada setengah bahan dan sukatan bahan yang tak follow resipi tok guru (ampun Cik Mat). Aku terpaksa menyeparuhkan semua bahan sebab tak perasan yg dapur aku cuma ada 1 paket kecik (7gm) agar-agar je. Disebabkan aku ni anak murid derhaka, agar-agar aku tak berapa menjadi sangat. Layer koko dan layer susu tak berapa nak bercantum (anybody knows why). But the taste still marvelous...lepas satu-satu aku masuk dalam mulut. Ok lah bagi yang masih tercari-cari simple dessert for tomorrow, boleh lah mencuba resipi AGAR-AGAR MILO by CIK MAT

AGAR-AGAR MILO

Agar-Agar Milo
Bahan-bahan 
Lapisan Coklat
8 g serbuk agar-agar
2 cawan air
1/3 cawan gula (lebihkan kalau suka manis)
3/4 cawan milo (aku guna Cadbury Hot Chocolate Drink dan aku lebihkan sikit kuantiti)

Lapisan Susu
10 g serbuk agar-agar
1 3/4 cawan air
1 cawan susu sejat (aku guna jenama SAJI)
1/3 cawan gula (lebihkan kalau suka manis)
beberapa titik esen vanila (aku tak letak sebab terlupa)

Lapisan Milo
1. Satukan semua bahan untuk lapisan milo kecuali "milo". Kacau rata dan masak sampai suam.
2. Masukkan milo dan kacau till milo larut dan mendidih. Guna api sederhana.
3. Matikan api dan tuang dalam bekas (guna penapis). Tuang setengah penuh dan biar sejuk.

Lapisan Susu
1. Satukan semua bahan untuk lapisan susu.
2. Kacau rata dan masak atas api till gula larut. 

Untuk Agar-Agar Milo
1. Gariskan sedikit permukaan lapisan milo menggunakan garfu.
2. Tuangkan adunan lapisan susu (guna penapis).
3. Sejukkan dulu diluar sebelum masukkan dalam peti sejuk.

Hurmmmmm..but aku baru terfikir..aku derhaka dengan tok guru sebab gantikan milo dengan Cadbury Hot Chocolate Drink. Jadi patut ker aku letak tajuk entry ni AGAR-AGAR MILO ?!!!!!! 

4 comments:

  1. memang best pun mimi..sedap je..lagi sedap kalo mkn time tengah panas

    ReplyDelete
  2. mmai la bawak tupperware en empayar utama..

    ReplyDelete