Tuesday, September 20, 2011

Cikgu Putri !!!!!!

"Cikgu, ayam ni nak warna apa?"
"Cikgu, nak pergi tandas!"
"Teacher, may I go toilet?"
"Cikgu, soalan ni nak buat macam mana?"

Sejak semalam hidup aku diceriakan dengan soalan-soalan di atas oleh mulut-mulut comel. Pening kepala jugak melayan penanya-penanya soalan. Sometime I just make my own answer. Hentam saja apa yang patut.


Actually since semalam, aku start kerja sebagai GURU GANTI di SK Kem Lok Kawi (sekolah dalam kem ni jerrrrr). After 3 days aku memerah otak memikior nak jadi engineer atau nak jadi cikgu..at last aku decided untuk jadi cikgu. Walaupun guru ganti ni cuma sampai bulan November, tapi aku rasa ini lah yang terbaik untuk aku. InsyaAllah pilihan ni dapat membantu untuk mencapai impian aku nak jadi seorang pendidik. Maybe betul, aku pernah buat silap dulu bila aku pilih untuk ambil course engineering tapi aku sentiasa berdoa agar diberi peluang ke-2...dan aku anggap ini satu permulaan.

Aku kena ajar darjah 1, 2 dan 3. Hari pertama masuk kelas...aku dah sakit tekak sebab menjerit banyak sangat. Kids nowdays bukan senang nak control. Masa cikgu tengah mengajar pun boleh berjalan sana sini. Bila suruh duduk, duduk la sekejap...1 minit lepas tu mula berjalan balik. Berbeza dengan masa aku sekolah rendah dulu. Kalau cikgu tengah mengajar, semua murid meniskus (perkataan sastera la pulak) kat tempat masing-masing (pay attention ker tidak pada cikgu..lain kira). Tak berani nak bersuara pun. Itu belum kes murid yang menangis dalam kelas lagi. Yang peliknya, murid yang menangis tu bukan murid perempuan..tapi murid lelaki. Aduhaiiiiiiii....manja sungguh anak lelaki zaman sekarang. Murid perempuan pulak kuat bersembang..pot pet pot pet. Pantang aku terlepas pandang sikit..start la buat port. Bila suruh baca atau jawap, senyum-senyum (nasib comel-comel..sejuk jugak hati aku yang tengah panas)

Tapi dalam pening kepala melayan "peel" murid-murid, semuanya terubat bila aku dengar "Cikgu, cikgu...".  Suara-suara comel tu terngiang-ngiang sampai ke rumah. Mungkin sebab itu la Abah enjoy be a teacher. Ada kenikmatan yang tersembunyi walaupun beban dan tekanan jadi cikgu tu amat besar. 

Ok la..need to sleep now. Since start mengajar ni, badan aku cepat sangat penat. Balik kerja around pukul 1 tengahari, aku terus cari bantal. Entah lah..maybe penat melayan kerenah muri-murid yang pelbagai. Apapun aku enjoy with my life now as "CIKGU PUTRI". Untuk para guru ingat la "Sesungguhnya anda teramat bertuah kerana menjadi insan yang terpilih untuk menjadi cikgu. Disamping berpeluang dapat pahala free yang berterusan, anda juga dapat banyak faedah dari kerajaan. Jadi hargai lah kerjaya anda. Kalau tak mau jadi cikgu..serah la pada kami-kami yang mengharap sangat untuk dipanggil CIKGU".

TATA

No comments:

Post a Comment