Tuesday, April 19, 2011

Chicken Chop KFC

Chicken Chop By KFC (Before)
Dah try menu terbaru by KFC?!!!!!!! Tersebut la kisah disuatu malam sewaktu aku tengah melipat kain sambil layan berita utama TV3. Tetiba jer terkeluar iklan menu terbaru KFC ni. Kebetulan masa tu perut tengah lapar + tak ada mood nak masuk dapur..pandang En. Amri..dia pulak tengah sedap memproses taik mata dan air liur basi. Al-maklum la orang baru habis ujian kecergasan pagi tadi. Nak kejut, rasa bersalah, tapi tekak ni dah terliur dengan iklan chicken chop KFC. Then terfikir nak keluar ke KFC Putatan sorang..tapi tak berani sebab malam. At last...sambil buat mata kesian macam kucing dalam Shrek tu, aku dengan rasa bersalahnya kejutkan En Amri. Nasib orang tua tu tak mengamok.Hehehehe...

So, dapat la aku merasa Chicken Chop terbaru KFC malam tadi. Rasa dia..boleh laaaaa. Nak kata sedap, tak la sedap sangat. Aku rasa gravy pun dia pakai mashed potato punya gravy. Cuma dia tambah sliced mushrooms jer. Dalam sedap tak sedap...habis jugak aku makan. Maybe sebab lapar or maybe sebab selera aku makin bertambah sejak aku ambil pil folic acid. 


Pinggan KFC + kulit chicken chop (after)

Apapun..bagi yang dah tergoda dengan gambar chicken chop aku, sila la bertandang ke KFC yang berdekatan. Tak mahal pun..kalau di Sabah cuma RM 10.90. Kalau tak mampu jugak sila la tunggu gaji yer. Apa guna korang kerja penat-penat sampai berpeluh ketiak, tapi makan kena sekat-sekat kan. Ikut kan jer tekak korang, selagi makanan tu halal. Sesungguhnya makan itu adalah salah satu daripada nikmat dunia.Hahahaha.. TATA

p/s : KFC sila bayar saya sebab saya tolong promote kan menu terbaru anda!!!!
("v") PuTRi

No comments:

Post a Comment