Thursday, April 26, 2012

BlueBerry Cheese Muffin

After berbulan-bulan tak mem"baking", akhirnya aku gagahkan jugak diri. Sebabnya tekak dah teringin, nak membeli kat bakery macam tak cukup-cukup (perut makin besar,selera pun turut sama besar). Lagipun cik Nana (my lil sister) mintak buatkan muffin untuk dia tappaw ke tempat kerja. Kesian jugak kat minah tu sebab tempat kerja dia tak ada tempat makan halal. Selepas mengorek-ngorek di blog milik Cik Mat GebuDapur Tanpa Sempadan , aku terliur dengan resipi Berry Cheese Muffin. Actually aku suka tengok gambar dalam blog Cik Mat Gebu tu..semua nampak super delicious. Paling aku suka tengok is set pinggan mangkuk Cik Mat Gebu ni. Dalam hati terfikir, bila la aku boleh ada set-set pinggan mangkuk macam ni. Maybe one day..after kami dah moving to Semananjung . InsyaAllah...

Ok enough dengan cerita aku. Lets story about this BLUEBERRY CHEESE MUFFIN yang aku berjaya buat dengan sedikit pengubahsuaian (ampun tuan punya resipi). Kalau ikut resipi asal, guna strawberry filling. Tapi disebabkan kat Tesco tak ada jual, so aku just letak Smucker Bluberry Jam. Muffin ni bagi aku quite senang nak buat and prep time pun kejap jer. Aku buat satu adunan..dapat  15 biji muffin size sederhana besar. Struktur dalam very soft and lembab skit, maybe sebab ada cream cheese. Walaupun dah simpan selama 1 hari, muffin ni still soft lagi. Anyway here is the recipe :

BLUEBERRY CHEESE MUFFIN


My Blueberry Cheese Muffin

Bahan-Bahan :
150 g cream cheese
150 g butter
110 g gula halus (boleh kurang kalau filling/jam terlalu manis)
3 biji telur
160 g tepung naik sendiri
sedikit esen vanila
Blueberry Jam

Cara Membuat
1. Panaskan oven 180 C.
2. Pukul butter dan cream cheese sampai putih. Masukkan gula.
3. Masukkan telur 1 per 1 dan terus pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata guna spatula.
5. Sudukan ke dalam muffin cup hingga separuh. 
6. Masukkan 1 sudu kecil blueberry jam dan sudukan sedikit lagi adunan muffin ke atas jam tadi.
7. Bakar selama 25 hingga 30 minit.


Thursday, April 5, 2012

Kembali Tersenyum...

!! Salam Peeps !!

Alhamdulillah, sejak semalam emosi aku dah kembali stabil. Family banyak bagi sokongan especially my parents. Masa mula-mula ceritakan masalah aku pada Mama, Mama agak marah jugak. Bukan marah sebab En Amri tak dapat ambil aku balik ke KK, tapi marah sebab orang buat menantu dia macam bola. But 15 minit macam tu, she cool down. Abah pulak, nasihatkan aku jangan bagi tekanan pada En Amri. Both of my parents sebenarnya lagi suka kalau aku pregnant dan bersalin di Perak (biasa la parents mana suka anak tinggal jauh dari mata). Tapi, aku dan En Amri agak kurang senang sikit coz aku dah kawin...dah ada di bawah tanggungjawab En Amri. Kalau boleh tak nak susahkan parents aku lagi (cukup la 25 tahun Mama dan Abah susah payah besarkan aku). Tapi nampak gayanya, terpaksa jugak susahkan Mama dan Abah lagi. En Amri pesan pada aku, jangan banyak kerenah sangat waktu tinggal dengan Mama dan Abah. Aku pun harap aku tak mengidam apa-apa lagi lepas ni. Kesian la nak mintak tolong Abah carikan (Kalau dengan laki aku, tak dapat jer benda yang aku mengidam, bleh nangis-nangis macam filem Hindustan).

Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam. Bila dilanda dugaan macam ni, aku ada tempat untuk mengadu dan berdoa agar diberi sedikit ketenangan. Aku lakukan solat taubat. Mungkin sejak terima berita gembira ni, aku ada terlalai dan hanyut dalam kegembiraan. Agaknya Allah hantar dugaan ini untuk bangkitkan aku daripada kelalaian tersebut. Aku mula muhasabah diri..banyakkan membaca Al-Quran (walaupun ada masa tersekat-sekat sebab hati tengah sebak). Alhamdulillah..Allah berikan sedikit ketenangan dan sekarang aku sudah boleh tersenyum kembali. 

Family banyak membantu aku sejak 2 hari yang lepas. Abah dan Mama lakukan banyak benda untuk cheer me up. Ramai yang excited bila aku khabarkan yang aku akan bersalin di Perak. Mak cik aku dah mula plan nak beli baby cot, walaupun aku cakap tak perlu sebab aku insyaAllah akan tinggal di Perak cuma untuk 2 bulan selepas bersalin. Tapi mak cik aku jawab "Duit aku, bukan duit hang. Suka hati aku la nak beli baby cot kat anak hang" (sorry la family aku kalau bercakap antara kami, ayat memang keras sikit). Aku nak tergelak pun ada. My parents in laws pun excited jugak. Mak siap pesan pada Mama, tak payah cari orang mengurut aku lepas bersalin sebab dia akan datang untuk mengurut aku. Air selusuh pun tak payah suruh orang buat sebab Ayah boleh buatkan. Terhibur jugak la hati aku. Rupanya ramai yang gembira nak sambut kelahiran anak aku di Perak. Cuma En Amri saja yang sedih. Aku pun tak tahu macam mana nak pujuk dia (sebab selalunya dia yang pujuk aku). Aku cuma boleh cakap..insyaAllah untuk anak ke-2 nanti kita buat preparation sambut baby sama-sama.

Buat masa ni, aku masih mengharap agar En Amri akan ada disisi aku waktu aku bersalin nanti, walaupun peluang tu tak banyak. Aku lakukan solat hajat agar harapan aku dimakbulkan. Aku harap En Amri diberi peluang untuk lihat anak kami lahir dan azan /iqamahkan anak kami sendiri since dia tak ada peluang untuk berada dengan aku waktu tempoh mengandung. Harap semua tu boleh tebus kembali rasa bersalah dia pada anak kami. Pada anak dalam kandungan ni, aku selalu cakap yang Babah bukan sengaja tinggalkan dia disini. Babah ada tanggungjawab pada negara (aku rasa macam hidup zaman sebelum merdeka bila cakap ayat macam ni). Babah kena cari rezeki yang halal untuk kami satu keluarga. Aku harap anak ni faham dan bila lahir, dia akan sayangkan Babah dia.

Terima kasih untuk Kak Ros, Kak Kamsiah, Mummy Shakira dan teman-teman blogger yang simpati dengan kisah aku. Nasihat kalian ada benarnya. Dugaan ini cuma satu dugaan yang kecil untuk aku hadapi. Walaupun pedih, tapi sebagai isteri dan bakal ibu..aku kena lebih tabah. InsyaAllah ada kehidupan yang lebih baik menanti kami dimasa hadapan.




Friday, March 23, 2012

Ujian GDM (Gestational Diabetes Mellitis)

!!!! Salam Peeps !!!!

Happy Friday!!!! Seronok er?? Bagi yang bekerja, esok dah boleh rehat-rehat. Best kan!!! Lately, aku malas nak update blog ni..coz bz survey barang baby. Quite expensive jugak la barang baby sekarang ni. Since I'm not working and cuma mengharapkan gaji En. Amri..jadi aku ingat nak mula beli sikit-sikit dari sekarang. Parah jugak kalau nak tunggu 7 bulan baru nak start shopping barang baby. Mau luruh rambut laki aku (kalau rambut tu emas 999, boleh jugak aku gadai dekat Bank Rakyat)

Wednesday last week, as usual, aku attended routine check up at Hospital Kampar. Quite surprising coz BERAT AKU NAIK MENDADAK - 1.5 KG IN 2 WEEKS (sepatutnya aku cuma naik 0.5kg per months). Well, aku mengaku yang since my pregnancy masuk bulan yang ke-4, aku memamng kuat makan especially roti and biskut (and Pepsi too). Pulse, people around me asyik kata perut aku tak nampak-nampak and they ask me to eat more. Jadi aku pun makan la lebih. So, sebagai akibatnya, waktu check up dengan nurse, nurse refer aku pada doctor sebab masalah peningkatan berat mendadak. Dan doctor pulak mintak aku datang hari Jumaat untuk ambil UJIAN GDM coz dia suspect aku kena kencing manis (korang ingat student je ker kena ambil ujian).

Untuk ujian GDM, aku kena puasa dari Khamis malam till Jumaat pagi (10am to 8 am). Kejap saja..tapi derita la jugak sebab baby dalam perut asyik kick aku. Lapar agaknya. Kesian anak mama ni. Jumaat pagi around 8.30, nurse ambil darah untuk kali yang pertama. Then dia suruh aku minum AIR GULA. Aku ingat air gula ni sedap (dah nama pun air gula..mesti la manis..manis tu kan sedap). Tapi honestly, aku tak pernah bayangkan yang wujud jugak benda manis yang tak sedap langsung. Bayangkan kalau korang kena habiskan 1 mug air gula yang tepu. Nurse yang bertugas tu bagitau aku, sukatan gula yang digunakan tu sepatutnya boleh bancuh 1 jug air. PATUT LA TAK SEDAP. Dekat 1 jam jugak aku nak habis 1 mug air tu...itu pun terasa nak keluar balik. Aku tanya nurse tu, kalau aku termuntah macam mana. Dia cakap..senang jer..minum air gula lagi sekali.  Nurse mintak aku datang pukul 10.30 pagi untuk ambil darah kali ke-2. Sementara menunggu 10.30 pagi, aku balik rumah and sambung tidur. Kalau aku tak tidur, memang confirm aku akan muntah. Around 10.20 pagi, aku dah terpacak depan bilik pemeriksaan..and mintak nurse ambik darah aku. Lepas hantar darah ke lab, aku terus keluar and UWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKK. Ambik ko..1 jam aku menahan nak muntah. Terasa lega yang teramat sangat.

And semalam aku pergi ambil ujian GDM. Hasilnya AKU BEBAS KENCING MANIS (untuk masa ni). Hahahaha..lega la jugak...sebab aku asyik risau kalau kena kencing manis and bagi kesan pada baby. Bagi aku ujian GDM ni quite a night mare jugak lah. But, as I said before..apa pun aku sanggup harung demi baby dalam perut ni. So, from now..aku terpaksa jaga diet. Tak boleh nak makan lebih-lebih sangat. For those yang ada masalah underweight problem and bercadang nak pregnant, aku nasihatkan  tambah lah berat badan before pregnant. Kalau tak, nanti jadi macam kes aku. Gatai pi tambah berat badan waktu pregnant..last-last kena minum air gula. Padan muka. 

OK lah..suddenly aku terasa loya. Maybe teringat kenikmatan air gula tepu. 


Wednesday, March 14, 2012

Rambut Saya Banyak Gugur

!!!! Salam Peeps !!!!

Lama dah aku tinggalkan blog ni. Almost 1 week. Life tak bz mana pun..just makan tido jer. But lately emosi kurang stable sikit sebab kena berenggang dengan En. Amri. I MISS HIM A LOT. Aku janji lepas ni aku tak akan perli dia gemok lagi (sebab aku pun sedang membesar dengan jayanya).

Ok, back to our topic. Since aku dah tak ada apa-apa resipi nak dikongsi (sekarang ni semuanya Mama yang masak), so aku ingat nak kongsi info yang aku baru tau. Last week aku ada beli majalah Pa & Ma. Sedang asyik menjamu mata dengan iklan barangan baby, aku terbaca satu artikel pasal KEGUGURAN RAMBUT LEPAS BERSALIN. Maybe ada info yang boleh aku share di sini :

  1. Keguguran rambut selepas bersalin disebabkan perubahan hormon dalam darah setelah baby dilahirkan.
  2. Walaupun rambut banyak gugur diawal kelahiran, ia akan kembali normal sebaik baby berumur 1 tahun.
  3. Biasanya 5% till 15% rambut berada dalam peringkat rehat. Selepas peringkat rehat, rambut akan gugur. Ia akan digantikan dengan rambut baru.
  4. Ketika pregnant, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit saja rambut berada dalam keadaan rehat, jadi sedikit sahaja rambut yang gugur setiap hari.
  5. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut memasuki peringkat rehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur sewaktu menyikat atau mandi.


Owh!!!! Now I know kenapa lately aku perasan yang rambut aku makin lebat. I thought sebab aku dah mula minum susu. Rupanya keadaan ni temporary saja. Huhuhuhuhu.. Tapi tak apa lah..lepas bersalin nanti aku memang cadang nak gunting rambut pendek, coz En. Amri tak suka aku berambut panjang. Dia cakap aku kurang comeiiiiiii bila rambut panjang (aku pun tak pasti sampai bila dia nak aku jadi comeiiii..tak boleh ker kalau aku jadi ayu..dah 10 tahun itu la jawapan everytime aku tanya aku cantik ke tak).

Untuk mencegah keguguran rambut, maybe these listed food can help us :

  •  Telur dan daging ayam
  • Gandum
  • Tauge
  • Sayuran Hijau
  • Buah-Buahan
  • SeeFood
  • Salmon ( I like it especially bila buat sashimi then cicah dengan wasabi + soya source)
  • Kunyit dan jintan
  • Air Masak.


Ok..Thats all info yang aku boleh share hari ni. Kalau info ini salah, sila saman majalah Pa & Ma.

P/S: Mama cakap pada aku "Jangan minum air sejuk coz nanti rambut baby sikit. Waktu ngandung hang dulu, Mama suka minum air sejuk pasai tu rambut hang nipih tak mau lebat-lebat sampai la". Betoi ke tak aku pun tak pasti..ikut saja laaaaa labu...

Friday, March 2, 2012

Fetal Doppler

Salam Peeps

Pagi tadi tengah syok-syok dok mengaktifkan kilang taik mata, tetiba Mama ketuk pintu bilik sambil jerit "Posmen hantar barang kat hang". Terus bangun dan mandi.. Excited !!!!! YE YE !!!! MY FETAL DOPPLER ALREADY ARRIVED !!!!!! 


WHAT IS FETAL DOPPLER?
Pernah tengok tak iklan susu Anmum. Bagi bakal-bakal mommy mesti sedarkan model tu pakai earphone sambil letak satu alat kat perut dia. Yappp !! Alat tu la dipanggil FETAL DOPPLER. Fetal Doppler digunakan untuk dengar heartbeats unborn baby. Actually alat ni tak penting pun, tapi untuk bakal-bakal mommy yang tak ada pengalaman pregnant (macam aku) mesti selalu risaukan. Today aku dah masuk minggu ke-18 but, aku tak pandai nak rasa baby movement lagi. Sometime aku rasa macam ada pergerakkan tapi, aku confuse itu angin ke or baby yang gerak. Bila, aku pergi hospital kerajaan untuk check up, nurse tak pernah pulak nak guna apa-apa alat untuk dengar heartbeats baby. Tak apa lah..aku faham. Beside me, banyak lagi kes-kes kronik yang hospital kena handle. So, aku ambil inisiatif sendiri, beli alat ni dan dengar sendiri. PUAS HATI !!!

Actually during 9 weeks pregnancy, aku dan En. Amri dah dengar heartbeats baby masa kami pergi scan untuk pertama kali. Laju sangat. Perasaan masa tu..macam nak nangis pun ada. Tapi cover..nanti Doctor Sutha gelakkan aku pulak. 2nd time scan, aku pergi private clinic di Ipoh. But scanner di klinik tu tak boleh dengar heartbeats baby. Cuma dapat tengok baby gerak-gerak. Doktor cakap tak payah dengar heartbeats pun tak apa, sebab baby bergerak dengan aktif.  And after that till now, aku dah tak pergi scan lagi. Tunggu 22 weeks baru nak pergi scan balik untuk tahu gender baby.  

Pagi tadi, dapat-dapat doppler ni, aku terus curi bateri remote control aircond bilik adik aku (sorry ya Mak Su). Pasang and terus guna. Mula-mula payah jugak nak mencari. Habis satu perut berlumur dengan gel. But, at the end..dapat jugak. Dia duduk di tengah-tengah. Heartbeats rates paling tinggi hari ni 138 bpm (if dalam range 110-180 bpm, dikira normal). Ada mitos yang kata if rate below 140 bpm, maksudnya baby boy. Lebih daripada tu maksudnya baby girl. Tapi itu cuma mitos...bagi kami, girl or boy..mana satu pun tak apa. Asalkan semuanya selamat dan sempurna. 


About this doppler. Harga RM 230. Ada LCD screen untuk display heartbeats rates (so tak payah kira). Power source: Bateri AAA 2 biji. Disertakan sekali dengan gel, earphone dan kabel untuk connect ke laptop (kalau ada niat nak record). Warranty selama 1 tahun. Kalau berminat boleh tinggalkan comment.

Ok thats all for now. Aku terasa macam nak makan lagi. Bye !!!

Thursday, March 1, 2012

SelamaT Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79

Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang Ke-79 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia


Especially to En Amri: Semoga berkhidmat dengan lebih cemerlang. I'll always support you walaupun terpaksa prepare your uniform hijau sambil dalam "sleepy mode" and I'll always love you walaupun you baru lepas "sunburn" sebab kawad untuk HUT pagi tadi (tak ape..malam-malam kita tido tutup lampu..semua pun nampak gelap jer.. Hahahahaha !!! ) 

Detik awal En. Amri bergelar warga Tentera Darat

Friday, February 24, 2012

Early Preparation

!!! Salam Peeps !!!!

Its Friday already !!! Mesti ramai yang excited pegi kerja pagi-pagi ni. Aku yang tak keje ni pun excited gak coz my hubby tamat kursus hari ni. Seronok !!!! (padahal selama sebulan ni pun every weekend laki aku balik). But yang tak bestnya hari Isnin En. Amri kena fly ke Sabah WITHOUT ME. Yes !!!!! He's going to left me in Kampar till......entah lah aku pun tak pasti. SOB SOB SOB SOB...sedih la jugak kena tinggal tapi untuk kebaikkan aku dan baby juga..coz kemungkinan besar (rasanya dah confirm) yang En. Amri kena masuk operasi untuk gantikan pegawai yang dah lama kena sumbat kat sana. So, during En. Amri di operasi, dia takut anything happend to me + dengan my condition yang kurang darah merah... aku pun rasa better aku duduk dengan my parents dulu. Rasanya tak lama tu..maybe around 1 or 2 weeks saja (ayat nak menyedapkan hati sendiri..tetiba tuan CO suruh duduk operasi 3 bulan. Confirm aku call bini 2IC merayu mintak kuarkan En. Amri lebih  awal). After En. Amri keluar operasi, baru dia akan balik Semenanjung untuk ambil aku dan kami balik ke Sabah sama-sama. Penat kan duduk oversea ni..hahahaha oversea la sangat.

My pregnancy dah masuk 17 weeks hari ni. Masih awal kan?!! But, aku dah buat preparation sikit. Orang cakap tak elok buat preparation awal-awal but, my situation maybe berbeza dengan orang lain. Sejak tahu aku pregnant, kami (aku dan En. Amri) dah plan untuk lahirkan anak ni di Sabah. Jadi, my parents and in laws terpaksa terbang ke Sabah. Tiket Abah dan Mama aku baru settlekan malam semalam. Bukan apa..tiket flight ni makin dekat dengan tarikh yang kita nak, harga dia akan jadi makin mahal. Untuk jimatkan kos..aku beli awal. So, after this cuma tinggal tiket untuk parents En. Amri saja lagi. 

Ramai yang tanya KENAPA KAMI NAK LAHIRKAN BABY DI SABAH? Selalunya aku senyum jer. Memang lah kalau fikir balik, keputusan kami akan menyusahkan ramai pihak including kami sendiri, my parents and my in laws..but, aku tak nak rampas saat-saat indah bergelar ayah dari En. Amri. Ini anak dia..aku tak nak rampas hak dia untuk lihat perut aku membesar tiap hari, hak dia untuk bercakap dan merasa pergerakkan baby, hak dia untuk tengok baby ni lahir, hak dia untuk azan/iqamahkan anak sendiri, hak dia untuk jaga malam,...well banyak lagi sebenarnya. If aku pilih untuk lahirkan baby ni di Kampar, En. Amri cuma boleh balik 1 hari (paling cepat) after I give birth. Itu pun cuma untuk seminggu sahaja. Then he have to wait for another 3 months untuk jumpa anak sendiri (aku tak berani nak bawa new born baby naik flight). Aku akan rasa macam sangat kejam sebab aku rampas banyak saat-saat indah dari dia. So, walau apapun orang nak kata and walau apapun kesusahan yang bakal kami hadapi nanti...InsyaAllah kami akan harung jugak (semoga segalanya dipermudahkan Allah). Lagipun En. Amri baru saja mintak  postpone satu lagi kursus di Semenanjung semata-mata untuk ada disamping aku during my pregnancy dan proses kelahiran. Kalau dia sanggup korbankan his career development untuk aku, kenapa aku tak boleh nak korbankan sedikit keselesaan untuk dia dan anak kami. 


Rasanya cukup lah aku membebel ni. Need to sleep now. Kena simpan tenaga untuk esok..awal-awal lagi laki aku call ajak dating kat kedai mamak malam esok...haiiiih. Tu mesti ada benda yang dia mengidam nak makan. Sapa yang mengandung nihhhh ????